KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

CAWANGAN SETIU



_MALAYSIA MADANI_





Malaysia Madani ialah salah satu dasar kepimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Anwar Ibrahim yang dilancarkan pada Januari tahun 2023. Secara amnya, Malaysia Madani memfokuskan kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik.



Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara:

Kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Di samping itu, Malaysia Madani mengetengahkan lapan aspek:


Ekonomi

Kewangan

Perundangan

 Pendidikan

  Kemasyarakatan

Budaya

Bandar

Luar Bandar

 

APAKAH KONSEP MALAYSIA MADANI?


Malaysia Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi tata keloka dan pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai, etika atau akhlak bertunjangkan empat (4) Teras Strategik Utama iaitu:


I. Membina Semula Ekonomi

II. Menjamin Kesejahteraan Insan

III. Reformasi institusi Demokrasi dan Perundagan

IV. Mewujudkan Pentadbiran Beramanah


4 TERAS STRATEGIK MALAYSIA MADANI

1: Membina semula ekonomi melalui pendekatan human economy menerusi penstukturan semula ekonomi berasaskan etika dan kemampanan.

2: Menjamin kesejahteraan insan ditunjangi prinsip adil dan ihsan. Institusi kemasyarakatan diperkasa untuk menjaga martabat dan maruah keinsanan, normal sosial, hormat-menghormati dan solidariti.

3: Reformasi institusi demokrasi dan perundangan ke arah mengoptimumkan fungsi dan tanggungjawabnya bagi melaksanakan dasar-dasar berkaitan.

4: Mewujudkan pentadbiran beramanah menerusi  islah dan pembaharuan bagi mewujudkan sistem yang adil dan bermanusiawi.


Madani bertujuan merubah Malaysia menjadi negara berasaskan enam tonggak, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.



Kesalinghubungan enam tonggak ini akan mewujudkan persekitaran mampan dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.


Kesejahteraan adalah aspek penting perlu diberi keutamaan kerana ia bukan sahaja menjadi matlamat pada peringkat individu dan masyarakat, malah antara visi negara madani.



Kesejahteraan bukan sekadar sejahtera, aman, selamat, tenteram di dunia dan akhirat, bahkan merujuk kepada keseimbangan dalam kehidupan di samping bebas daripada kebimbangan dan kerisauan dalam aspek kewangan atau keperluan fizikal. Kesejahteraan dari perspektif psikologi merujuk kepada keadaan mental positif, mempunyai emosi positif tinggi, rendah emosi negatif, tinggi kepuasan hidup dan mempunyai fungsi psikologi serta perhubungan sosial baik.


Kajian menunjukkan kesejahteraan dalam konteks psikologi mampu meningkatkan prestasi kerja, penghargaan kendiri, kreativiti, produktiviti, perhubungan berkualiti, kepuasan hidup, kerjasama dan cepat sembuh daripada penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan.


Pada peringkat individu, ada lapan (8) dimensi kesejahteraan perlu diberikan penumpuan iaitu:


1: Pengurusan emosi (kemampuan mengawal dan menguruskan emosi diri dan orang lain)

2: Persekitaran (keadaan atau suasana menyokong kepada kesejahteraan)

3: Kewangan (berpuas hati dengan keadaan kewangan semasa dan masa hadapan)

4: Intelektual (kemampuan meningkatkan ilmu dan kemahiran)

5: Pekerjaan (kepuasan dan keselamatan dalam pekerjaan)

6:Fizikal (kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal, diet, mempunyai tidur dan zat mencukupi)

7: Sosial (mewujudkan saling hubungan dan mempunyai sistem sokongan)

8: Spiritual (makna dalam kehidupan dan hubungan dengan pencipta)


Bilakah Malaysia Madani diilhamkan ?

Gagasan Malaysia Madani pada asalnya diterbitkan dalam sebuah buku yang dilancarkan pada 2 Oktober 2022 di Hotel Dorsett Subang, kira-kira sebulan sebelum Dato' Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri. Dasar Malaysia Madani sebagai dasar negara pula dilancarkan pada 19 Januari 2023 di Putrajaya.








CARA-CARA UNTUK MENGEKALKAN SEMANGAT PATRIOTISME


> Mengetahui sejarah negara

> Menghargai pejuang dan pemimpin negara

> Menonton filem patriotisme

> Menyertai pertandingan Hari Kemerdekaan


.PERPADUAN MENGEKALKAN KEHARMONIAN.

ETIKA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MENCAPAI PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA


 -Ibu bapa perlu menanamkan semangat perpaduan antara kaum sejak kecil lagi

-Kerajaan sentiasa berusaha agar sikap bersatu padu wujud dalam diri rakyat Malaysia walau di mana pun berada 

-Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling mengambil berat antara satu sama lain

-Mencegah sifat yang dapat menimbulkan perbalahan antara kaum dan agama

-Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum

-Sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham

-Tidak meletakkan sebarang batasan untuk bergaul dengan sesebuah atau sesuatu kaum dan agama



USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM




Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni. Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum.

Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah "bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat".


1 : Menganjurkan majlis rumah terbuka

2 : Melaksanakan sekolah wawasan 

3 : Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian

4 : Program Kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Dalam menelusuri arus pemodenan, usaha yang lebih efisien haruslah dilakukan demi membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia ini. Pihak kerajaan mahupun rakyat juga mempuyai peranan masing-masing di dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia adalah salah satu tindakan yang amat dialu-alukan. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, konsep 1 Malaysia (perpaduan kaum) dapat dijayakan melalui majlis-majlis sebegini.





SEKIAN TERIMA KASIH






TEAM

Muhammad Azam Bin Mohamad (T51SKE23F005)

Muhammad Hasrul Amin Bin Mohd Salim (T51SKE23F017)

Muhammad Afiq Danial Bin Mohd Khairul (T51SKE23F024)






Ulasan