Catatan

Imej
  KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU CAWANGAN SETIU _MALAYSIA MADANI_ Malaysia Madani ialah salah satu dasar kepimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Anwar Ibrahim yang dilancarkan pada Januari tahun 2023. Secara amnya, Malaysia Madani memfokuskan kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik. Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: Kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Di samping itu, Malaysia Madani mengetengahkan lapan aspek : Ekonomi Kewangan Perundangan   Pendidikan   Kemasyarakatan Budaya Bandar Luar Bandar   APAKAH KONSEP MALAYSIA MADANI? Malaysia Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi tata keloka  dan pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan  ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai, etika atau akhlak bertunjangkan  empat (4) Teras Strategik Utama iaitu: I. Membina Semula Ekonomi II. Menjamin Kesejahteraan Insan III. Reformasi institusi